Friday, December 19, 2014

ADA DALAM TIADA


Andai wujud diri ini satu beban
Ku mohon perlindungan dari Ar Rahman
Biarkanlah kulunaskan segala urusan
Biarkanlah hadir ini bagai halimunan

Usah diri ini diumpamakan
Kerana hidup dan matiku bukan di tangan insan
Usah khabar diri ditanyakan
Kerana sihat dan sakit itu segalanya kurniaan

Hanya sedetik masa hayat mohon keizinan
Biar kucurah segala kasih dan perhatian
Kerana hati ini terlalu kecil menakung perasaan
Kerana luas dan dalam cinta tidak bertepian

Cukup adanya buat setiap makhluk ciptaan Tuhan
Kerana hati dan jasad ini ingin terus berjalan
Dengan Nama Allah, Pemilik Seluruh belas kasihan.


Ali al-Hassani
19 Disember 2014 ~ Jumaat.