Monday, June 16, 2014

Nampak di Mata, Terbayang di Jiwa

Musafir itu membawaku bertemu
beribu-ribu bendera berkibar
Merah membara di langit biru
Dihiasi bulan dan bintang berseri
Megah berkibar di seluruh kotaraya ini
Indahnya tanah bersulam sejarah
Kota Istanbul berdiri megah



Namun jauh di sudut hati,
ada satu lagi bendera terbayang di jiwa
berkibar megah di tiang yang tinggi
Sama membara sama hiasan
bendera negeri Johor Darul Takzim
negeri sarat kisah dan budaya
biarpun bukan tempat lahir diri
di situlah alamat insan tercinta
sejauh manapun kaki mengembara
pasti pulang ke tanah asal



melihat bendera Turki
sama rasanya seperti
melihat suku dari bendera sendiri
ternyata beza tidak berbeza
kedua-dua tanah dan bendera
sungguhpun jauh di pandang mata
namun tetap dekat di jiwa.

Ali al-Hassani
Pantai Dalam
Kuala Lumpur
Isnin, 16 Jun 2014